Wednesday, November 14, 2012

Sifat Fizikal Haiwan


Terdapat pelbagai jenis haiwan di alam ini. Kita boleh mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikalnya yang sama.

Sifat haiwan merujuk kepada sifat luaran yang dapat dilihat pada haiwan itu.

Sifat fizikal haiwan termasuk berbulu, berbulu pelepah, bersisik, berkaki, bercangkerang dan berkepak.

Kita boleh mengelaskan haiwan-haiwan berdasarkan sifat fizikal mereka.
A) Haiwan berbulu
B) Haiwan bersisik
C) Haiwan bercangkerang
D) Haiwan berkepak
E) Haiwan berkaki


A) Haiwan berbulu
Haiwan berbulu boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
1)
Haiwan berbulu halus, contohnya anjing, arnab, lembu, kucing, beruang dan sebagainya.



2) Haiwan berbulu pelepah, contohnya angsa, ayam, itik dan semua jenis burung.


               

B) Haiwan bersisik

Haiwan bersisik juga dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

1) Haiwan bersisik di seluruh badan, contohnya ikan, ular, biawak, buaya, tenggiling dan sebagainya.

2) Haiwan bersisik di kaki sahaja, contohnya angsa, ayam, itik dan semua jenis burung.

C) Haiwan bercangkerang

Haiwan bercangkerang termasuk siput, kerang, tiram, kura-kura, penyu dan sebagainya.


D) Haiwan berkepak

Haiwan yang mempunyai kepak untuk membolehkannya terbang. Haiwan berkepak boleh dibahagikan kepada:


1) Haiwan berkepak dua seperti ayam, kelawar, burung, lalat dan sebagainya.

             

2) Haiwan berkepak empat seperti kumbang, rama-rama, lipas, pepatung dan sebagainya.


      


E) Haiwan berkaki

Haiwan berlainan mempunyai bilangan kaki yang berbeza. Haiwan berkaki boleh dibahagikan kepada:


1) Haiwan berkaki dua seperti burung unta, penguin dan sebagainya.


2) Haiwan berkaki empat seperti gajah, kuda, singa dan sebagainya.



3) Haiwan berkaki enam seperti semut, lipas, mentadak, kumbang dan sebagainya.



4) Haiwan berkaki lapan seperti labah-labah, kala jengking, tungau dan sebagainya.


5) Haiwan banyak kaki seperti lipan, udang, ketam dan sebagainya.



6) Sesetengah haiwan yang tidak berkaki, misalnya cacing, ular, kerang, tiram dan siput.

cacing


BORANG PENGURUSAN JADUAL


VIDEO HAIWAN

Marilah kita bersama-sama mengenali sifat fizikal haiwan melalui paparan You Tube



BERUSAHA

BERSUNGGUH-SUNGGUH

…TERIMA KASIH…

21 comments:

  1. Tahniah, penerangan yang jelas dan gambar yang menarik! Teruskan usaha.^^

    ReplyDelete
  2. Maklumat yang lengkap dengan gambar yang menarik,syabas!

    ReplyDelete
  3. Bagus! Pengelasan haiwan yang jelas dan mudah difahami.

    ReplyDelete
  4. blog cantik.follow mine too.http://www.gohchunlen.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Syabas! Blog ini amat menarik dan dapat membantu murid. Anak saya yang berumur 4 tahun suka sangat!

    ReplyDelete
  6. Blog yang amat menarik. Ringkas, jelas dan senang difahami. Anak-anak murid saya sangat tertarik dengan gambar-gambar yang cantik, Ia memudahkan saya membuat penjelasan semasa P & P. Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  7. Saya amat suka blog ini. Gambar-gambar amat menarik,maklumat sangat padat dan berfaedah. Syabas!

    ReplyDelete
  8. Video yang menarik dan berjaya membimbing murid lebih memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan .

    ReplyDelete
  9. syabas!Blog ini amat menarik dan dapat membantu murid.

    ReplyDelete
  10. Bahan P&P yang menarik. Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  11. Nota dan latihan yang disediakan oleh cikgu amat baik dan berguna.

    ReplyDelete
  12. Nice,interesting,beautiful and colourful blog!

    ReplyDelete