Wednesday, November 14, 2012

Sifat Fizikal Haiwan


Terdapat pelbagai jenis haiwan di alam ini. Kita boleh mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikalnya yang sama.

Sifat haiwan merujuk kepada sifat luaran yang dapat dilihat pada haiwan itu.

Sifat fizikal haiwan termasuk berbulu, berbulu pelepah, bersisik, berkaki, bercangkerang dan berkepak.

Kita boleh mengelaskan haiwan-haiwan berdasarkan sifat fizikal mereka.
A) Haiwan berbulu
B) Haiwan bersisik
C) Haiwan bercangkerang
D) Haiwan berkepak
E) Haiwan berkaki


A) Haiwan berbulu
Haiwan berbulu boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
1)
Haiwan berbulu halus, contohnya anjing, arnab, lembu, kucing, beruang dan sebagainya.



2) Haiwan berbulu pelepah, contohnya angsa, ayam, itik dan semua jenis burung.


               

B) Haiwan bersisik

Haiwan bersisik juga dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

1) Haiwan bersisik di seluruh badan, contohnya ikan, ular, biawak, buaya, tenggiling dan sebagainya.

2) Haiwan bersisik di kaki sahaja, contohnya angsa, ayam, itik dan semua jenis burung.

C) Haiwan bercangkerang

Haiwan bercangkerang termasuk siput, kerang, tiram, kura-kura, penyu dan sebagainya.


D) Haiwan berkepak

Haiwan yang mempunyai kepak untuk membolehkannya terbang. Haiwan berkepak boleh dibahagikan kepada:


1) Haiwan berkepak dua seperti ayam, kelawar, burung, lalat dan sebagainya.

             

2) Haiwan berkepak empat seperti kumbang, rama-rama, lipas, pepatung dan sebagainya.


      


E) Haiwan berkaki

Haiwan berlainan mempunyai bilangan kaki yang berbeza. Haiwan berkaki boleh dibahagikan kepada:


1) Haiwan berkaki dua seperti burung unta, penguin dan sebagainya.


2) Haiwan berkaki empat seperti gajah, kuda, singa dan sebagainya.



3) Haiwan berkaki enam seperti semut, lipas, mentadak, kumbang dan sebagainya.



4) Haiwan berkaki lapan seperti labah-labah, kala jengking, tungau dan sebagainya.


5) Haiwan banyak kaki seperti lipan, udang, ketam dan sebagainya.



6) Sesetengah haiwan yang tidak berkaki, misalnya cacing, ular, kerang, tiram dan siput.

cacing


BORANG PENGURUSAN JADUAL


VIDEO HAIWAN

Marilah kita bersama-sama mengenali sifat fizikal haiwan melalui paparan You Tube



BERUSAHA

BERSUNGGUH-SUNGGUH

…TERIMA KASIH…

Friday, September 21, 2012

flower

Flower is beautiful. Girls like flowers such as roses. In our country, we have many types of roses.